PETA SANDAKAN

Sandakan merupakan salah
sebuah bandar utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di
negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang
baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah
479,121 orang (2009).
Dari
segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British.
Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan lapangan
terbang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945. Peristiwa Kawat Maut Sandakan (Sandakan death march) di penghujung
perang dunia kedua bermula di daerah ini.
Dari
segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi
ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau
Penyu.Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang
menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara
ke bandar ini.
No comments:
Post a Comment