SEPILOK ORANG UTAN REHANILITATION CENTRE
SANDAKAN
.jpg)
Pusat Pemuliharaan
Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai
keluasan 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok
merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat
Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan
hujan tropika ini. Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah
untuk mendidik anak-anak orang-utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari
di dalam hutan.


Pada tahun 1957,
pembalakan telah diharamkan dan pasukan simpanan telah dilantik untuk membuat
penyelidikan. Dalam tahun 1963 semasa Sabah merdeka dalam Malaysia, Jabatan
Perhutanan telah membentuk satu Cawangan Penjaga Binatang Perburuan (Game
Branch). Pada masa itu, dipercayai bahawa orang-utan ialah binatang yang
susah didapati dan makin berkurangan. Musim itu juga anak-anak orang-utan
sangat terkenal sebagai binatang perliharaan di kalangan rakyat Sabah dan di
tempat lain. Anak-anak orang-utan biasanya di tangkap semasa pembalakan dan
pembersihan hutan. Dengan adanya Cawangan Penjaga Binatang Perburuan ini, satu
undang-undang baru telah dikeluarkan iaitu ‘Dilarang menangkap dan memelihara
orang-utan’. Oleh itu Sepilok telah dipilih sebagai sebuah pusat pemuliharaan
orang utan. Pelawat-pelawat boleh ke pelantar untuk melihat orang-orang utan
datang dari dalam hutan untuk mendapatkan makanan dua kali sehari mereka iaitu
susu dan pisang. Masa-masa memberi makan setiap hari ialah pada pukul 10:00
pagi dan 3:00 petang.

LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY
.jpg)
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan
satu lagi kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk
pelancung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih
jauh lagi. Santuari ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang
kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan.
.jpg)
.jpg)
Ia terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang
Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke pusat ini.
Separuh daripada jalan tersebut adalah jalan gravel. Bagi sesiapa yang suka
melihat haiwan unik ini, ini adalah suatu kemestian untuk melawat tempat ini.
Jadual waktu pemerhatian ialah pada 11.30 pagi - 1.30 petang dan 4.30 petang -
6.00 petang.
TAMAN BUAYA
.jpg)
Taman Buaya merupakan pusat pemeliharaan buaya
berlesen yang tunggal di Sabah. Pemilik Pusat ini, merupakan keluarga yang
memiliki beberapa buah kapal ikan yang besar. Selama ini banyak anak-anak buaya
telah dijualnya kepada orang awam, terutamanya nelayan yang gemar
memelihara buaya
.jpg)
Jumlah yang didapatinya sehingga tahun 1970an
ialah 1,000 ekor buaya, ada yang telah disembelih untuk mendapatkan kulitnya
yang berharga untuk diekspot, manakala isinya yang sedap (bagi sebahagian
orang) di jual kepada orang tempatan. Sehingga tahun 1982 Perdagangan
Persidangan Peraturan Sedunia (International Convention Regulating Trade)
Kerajaan Sabah telah mengharamkan pembunuhan buaya. Dengan ini buaya telah di
pelihara.

Di Taman Buaya ini terdapat lebih kurang 3,000
ekor buaya pada keseluruhannya. Selain buaya, Taman ini juga mempamerkan
beraneka jenis binatang dan ikan-ikan tropika yang cantik dan besar. Taman
Buaya ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan.
No comments:
Post a Comment