Sunday, 13 November 2016

TEMPAT PENGINAPAN



Sepilok Jungle Resort







Hanya 5 minit berjalan kaki dari Sepilok Orangutan Sanctuary, Sepilok Jungle Resort terletak di dalam hutan hujan tropika di Sandakan, Sabah. Ia mempunyai sebuah restoran. Bilik-bilik yang berhawa dingin di Sepilok Jungle Resort menawarkan dalaman berkayu dan bilik mandi peribadi. Setiap bilik mempunyai TV, dan kemudahan membuat teh/kopi. Kawasan resort yang berlandskap mempunyai astaka dan kawasan barbeku. Dengan bayaran kecil, tetamu boleh menggunakan kemudahan masa lapang, termasuk mandian wap, bilik kecergasan dan kolam renang luaran. Pakej-pakej pelancongan, penukaran mata wang dan perkhidmatan dobi ada disediakan. Hidangan Malaysia dan Barat ada dihidangkan di Banana Café & Restaurant, sementara Poolside Jungle Café boleh ditempah untuk acara-acara peribadi. Menjamu selera di tempat terbuka juga boleh diaturkan. Sepilok Jungle Resort terletak 11 km dari Lapangan Terbang Sandakan.  Kami bertutur bahasa anda! Sepilok Jungle Resort telah menerima tetamu Booking.com sejak 23 Apr 2010.




Paganakan Dii Tropical Retreat






Paganakan Dii Tropical Retreat mempunyai kotej peribadi dan katil asrama di tengah hutan hujan. Hotel ini mempunyai restoran, Wi-Fi percuma dan kemudahan dobi.


Friday, 11 November 2016

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK

SEPILOK ORANG UTAN REHANILITATION CENTRE SANDAKAN


Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi.  Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara.  Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini.  Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik anak-anak orang-utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan.




Pada tahun 1957, pembalakan telah diharamkan dan pasukan simpanan telah dilantik untuk membuat penyelidikan. Dalam tahun 1963 semasa Sabah merdeka dalam Malaysia, Jabatan Perhutanan telah membentuk satu Cawangan Penjaga Binatang Perburuan (Game Branch).  Pada masa itu, dipercayai bahawa orang-utan ialah binatang yang susah didapati dan makin berkurangan. Musim itu juga anak-anak orang-utan sangat terkenal sebagai binatang perliharaan di kalangan rakyat Sabah dan di tempat lain. Anak-anak orang-utan biasanya di tangkap semasa pembalakan dan pembersihan hutan. Dengan adanya Cawangan Penjaga Binatang Perburuan ini, satu undang-undang baru telah dikeluarkan iaitu ‘Dilarang menangkap dan memelihara orang-utan’. Oleh itu Sepilok telah dipilih sebagai sebuah pusat pemuliharaan orang utan. Pelawat-pelawat boleh ke pelantar untuk melihat orang-orang utan datang dari dalam hutan untuk mendapatkan makanan dua kali sehari mereka iaitu susu dan pisang. Masa-masa memberi makan setiap hari ialah pada pukul 10:00 pagi dan 3:00 petang.




LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY



Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan satu lagi kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk pelancung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi. Santuari ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan.




Ia terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke pusat ini. Separuh daripada jalan tersebut adalah jalan gravel. Bagi sesiapa yang suka melihat haiwan unik ini, ini adalah suatu kemestian untuk melawat tempat ini. Jadual waktu pemerhatian ialah pada 11.30 pagi - 1.30 petang dan 4.30 petang - 6.00 petang.




TAMAN BUAYA



Taman Buaya merupakan pusat pemeliharaan buaya berlesen yang tunggal di Sabah. Pemilik Pusat ini, merupakan keluarga yang memiliki beberapa buah kapal ikan yang besar. Selama ini banyak anak-anak buaya telah dijualnya kepada orang awam, terutamanya nelayan yang gemar  memelihara buaya





Jumlah yang didapatinya sehingga tahun 1970an ialah 1,000 ekor buaya, ada yang telah disembelih untuk mendapatkan kulitnya yang berharga untuk diekspot, manakala isinya yang sedap (bagi sebahagian orang) di jual kepada orang tempatan. Sehingga tahun 1982 Perdagangan Persidangan Peraturan Sedunia (International Convention Regulating Trade)  Kerajaan Sabah telah mengharamkan pembunuhan buaya. Dengan ini buaya telah di pelihara.



 

Di Taman Buaya ini terdapat lebih kurang 3,000 ekor buaya pada keseluruhannya. Selain buaya, Taman ini juga mempamerkan beraneka jenis binatang dan ikan-ikan tropika yang cantik dan besar. Taman Buaya ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan.





MAKANAN


Ikan tongkol bakar dan ikan kerisi bali bakar


Buntut ayam/tongkeng bakar 




ABC buah special sekali dengan aiskrim, di Waterfront,Sandakan


























TEMPAT-TEMPAT MENARIK


AGNES KEITH HOUSE



This museum is located at top of the hill along Jalan Istana, about 10 km from Sandakan Airport and 1km from Sandakan town. This house was rebuilt in 1946/47 and was the first government permanent timber dwelling to be built after the 2nd World War. It was occupied by Mr. Harry Keith, a Conservator of Forests with his wife, Agnes Newton Keith and their son, George.

In 2001, the Department of Sabah Museum in collaboration with the Federal Department of Museums and Antiquities began the task of restoration of the house. With the opening of the house on 26th April 2004, Sabah’s tribute to the award winning American authoress has come full circle. The book “Land Bellow the Wind” made Agnes Keith famous in 1939, and the book continues to make Sabah well known right up to this day




The Agnes Keith house is furnished simply with reproduction of colonial furniture and genuine antiques. A gallery on first floor tells the story of this remarkable woman, her books and family. A Keith Time-line starts in 1873 and ends in 2004 tracing the past to the present Keith generation. War artefacts are also displayed.





MEMORIAL PARK ( SANDAKAN WAR MEMORIAL )



Semasa Perang Dunia ke Dua, Sandakan telah di pilih oleh orang Jepun sebagai pusat khemah tahanan iaitu ‘Penjara Masa Perang’ untuk menahan orang-orang tahanannya. Satu daripada khemah ini terletak di belakang Taman Rimba, Batu 8, Jalan Labuk. Kebanyakan orang-orang tahanannya adalah terdiri daripada orang Australia. Tinggalan bangunan dan peralatan-peralatan yang lama masih boleh dijumpai di kawasan ini.





Pada tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-keluarga serta kawan-kawan orang-orang tahanan Australia, tempat ini telah dibersihkan dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk memperingatkan jasa-jasa mereka semasa penjajahan Jepun.


senjata yang masih ada di sini..


Dalam angkaran yang dibuat terdapat 2,000 orang tahanan Australia dan 750 orang British telah d itahan di Daerah Sandakan. Pada tahun 1944, bulan September jumlah tahanan yang tinggal ialah 1,800 orang Australia dan 600 orang British.  Mereka tidak diberi makanan, dan ramai yang jatuh sakit. Dalam bulan September ini juga, walaupun sakit mereka di paksa berjalan kaki melalui hutan-rimba sehingga ke Ranau. Selama setahun perjalanan menuju ke Ranau, jumlah orang tahanan yang sebanyak 2,400 telah tinggal menjadi 6 orang saja. Perjalanan menuju ke Ranau ini dikenali sebagai ‘Death March’.




tiada bayaran yang dikenakan untuk pelancong masuk ke kawasan ini.


MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN

Image result for Batu Sapi Heritage Park


MENGENAI SYARIKAT
Batu Sapi Heritage Park terletak di Sandakan. Batu Sapi Heritage Park berfungsi dalam aktiviti Agensi Pelancongan. Batu Sapi Heritage Park alamat adalah 90000 Sandakan, Sabah, Malaysia.



PETA SANDAKAN



Image result for peta Sandakan





Sandakan merupakan salah sebuah bandar utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009).
Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan lapangan terbang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945. Peristiwa Kawat Maut Sandakan (Sandakan death march) di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini.


Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu.Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.